Thursday, December 6, 2007
Apa itu Blog?
Assalammualaikum dan salam sejehtera
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda kerana sudi melayari blog saya ini. Dengan harapan semoga anda semua sehat walafiat dan ceria-ceria selalu disamping keluarga dan orang yang tersayang.
Sebelum saya berbicara tentang apa itu Blog? terlebih dahulu saya ingin memberitahu kepada anda ,dimana tujuan blog saya ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengelaman bersama anda semua bagaimana membina blog yang boleh membantu dalam kerjaya anda samaada sebagai pelajar,pendidik,petani,surirumah dan sebagainya untuk kebaikan bersama.
oklah.....Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog adalah untuk merujuk kepada kelompok website pribadi yang selalu diupdate secara berulang dan mempunyai link-link ataupun pautan ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komentar-komentar mereka sendiri.
Untuk lebih faham lagi , blog ini boleh diumpamakan seperti kepala sebuah keretapi yang membawa gerabak penuh dengan muatan.Kemudian landasan pula merujuk kepada link-link atau pautan yang terdapat dalam web blog tadi dimana dengan landasan yang ada, ianya memudahkan perjalanan keretapi tadi menuju kedestinasi yang hendak dituju.
Muatan dalam gerabak keretapi pula merujuk kepada isi kandungan dalam blog tersebut samaada catatan peribadi, pengelaman seseorang, kejayaan, jatuh,bangun,ketawa,menangis,kisah lampau dan bermacam-macam lagi yang diluahkan oleh penulis blog yang bertujuan untuk memberitahu,menyatakan kepada orang yang ada diluar sana, apa yang mereka tidak tahu harus diberi tahu.
Blog kemudian berkembang mengikut citarasa sipembuatnya dibentuk,dihias,dibelai,diginju dan macam-macam lagi perhiasan yang menarik supaya blog tadi berupaya menjadi magnet /besi berani kepada pelayar2 internet yang inginkan kepuasan. Maka sebelum membina blog ini, fikirkanlah terlebih dahulu apakah matlamat sebenar kita. Jadilah orang yang bertanggungjawab dan beretika dalam menggunakan kelebihan yang telah Allah berikan kepada kita ini. Tepuk dada dan tanyalah selera anda.
Selamat Mencuba

Subscribe to:
Posts (Atom)